Malaysia Masih Ada Ruang Perkenalkan Pakej Ransangan Tambahan

Malaysia Masih Ada Ruang Perkenalkan Pakej Ransangan Tambahan

Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam satu kenyataan pada hari Rabu yang lalu menyebutkan bahawa Malaysia masih mempunyai ruang untuk melak

Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam satu kenyataan pada hari Rabu yang lalu menyebutkan bahawa Malaysia masih mempunyai ruang untuk melaksanakan pakej ransangan ekonomi selanjutnya jika diperlukan.

Hal ini kerana, pelan konsolidasi fiskal yang telah dijalankan secara berasnur-ansur beberapa tahun lalu telah memberi peluang kepada kerajaan memutuskan keperluan fiskal tambahan dalam membantu ekonomi ketika pertumbuhan yang perlahan.

Gabenor BNM juga berkata langkah fiskal tersebut adalah bertujuan melindungi individu dan perniagaan daripada terjejas teruk akibat krisis kesihatan yang sendang melanda ekonomi negara, dengan cara mengurangkan tekanan jangka panjang ke atas kewangan awam.

Tambahan pula, hampir seluruh negara di dunia telah mengumumkan pakej bantuan fiskal dengan tujuan menyelamatkan ekonomi masing-masing daripada krisis kemelesetan yang lebih buruk.

“Kerajaan punyai rekod yang baik dalam komitmen berterusan pelan konsolidasi fiskal jangka sederhana sejak 2010, dan defisit fiskal kita berkurangan separuh iaitu 6.7% daripada KDNK pada 2009 kepada 3.4% daripada KDNK tahun sebelumnya”, jelas Shamsiah.

“Oleh itu, jika terdapat keperluan untuk ransangan ekonomi selanjutnya, kerajaan boleh laksanakan pinjaman tambahan dalam ruang yang dibangunkan beberapa tahun lalu”, kata beliau dalam sidang media maya ketika mengumumkan prestasi ekonomi bagi suku tahun pertama semalam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: