Malaysia Mendahului Penggunaan Dompet Digital Di Asia Tenggara

Malaysia Mendahului Penggunaan Dompet Digital Di Asia Tenggara

Memetik Kajian Impak Mastercard 2020, Malaysia mendahului negara lain di Asia Tenggara dalam penggunaan dompet mudah alih/digital pada 40%, di hadapa

Memetik Kajian Impak Mastercard 2020, Malaysia mendahului negara lain di Asia Tenggara dalam penggunaan dompet mudah alih/digital pada 40%, di hadapan Filipina (36%), Thailand (27%) dan Singapura (26%),

Seperti yang ditunjukkan oleh edisi pasaran Malaysia, krisis Covid-19 yang memicu sekatan pergerakan yang luas, telah memandu momentum di Asia Tenggara ke arah ekonomi digital dengan penerapan pantas e-dagang, pembayaran digital dan keutamaan untuk aktiviti dalam talian.

Laporan tersebut turut menunjukkan walaupun negara-negara di rantau Asia Tenggara mula melonggarkan sekatan dan bersedia ke arah ‘normal baru’, namun beberapa trend dan kebiasaan yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap wabak berkemungkinan masih dikekalkan.

Dapatan data dikumpulkan daripada 10,000 pengguna dan pihak perniagaan profesional di 10 pasaran sekitar rantau Asia Pasifik.

Hampir separuh daripada pengguna yang ditinjau di Malaysia melaporkan peningkatan dalam membeli-belah secara talian sepanjang tempoh tersebut.

Aktiviti dalam talian yang lain turut menyaksikan peningkatan seperti melayari internet untuk berita dan hiburan (75%), streaming video dalam talian (57%), rangkaian sosial (55%) dan penghantaran makanan atau bahan makanan ke rumah (50%).

Selain itu, hampir 64% rakyat Malaysia mengatakan mereka akan terus melakukan membeli-belah dalam talian dengan kadar yang sama seperti semasa atau sebelum wabak berlaku walaupun sekatan di angkat.

Begitu juga, para pengguna mengharapkan untuk meneruskan penghantaran ke rumah (54%) dan bekerja dari rumah (45%).

Para pengguna Malaysia juga beralih ke kaedah pembayaran lain selain dompet mudah alih/digital, seperti kad debit tanpa sentuh (26%) dan kad kredit tanpa sentuh (22%), sementara penggunaan tunai menurun 64% sejak awal wabak Covid-19.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: