Malaysia Terbitkan Sukuk Kelestarian Berdaulat Pertama Di Dunia

Malaysia Terbitkan Sukuk Kelestarian Berdaulat Pertama Di Dunia

Kerajaan Malaysia telah menerbitkan Sukuk Kelestarian, sebuah sekuriti dalam demnominasi dolar AS bertempoh matang 10-tahun dan 30-tahun dengan nilai

Kerajaan Malaysia telah menerbitkan Sukuk Kelestarian, sebuah sekuriti dalam demnominasi dolar AS bertempoh matang 10-tahun dan 30-tahun dengan nilai keseluruhan AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion).

Sukuk ini juga adalah yang pertama di dunia diterbitkan sesebuah negara atau kerajaan di mana terimaan terbitan akan disalurkan kepada projek sosial, mesra alam yang menepati SDG Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kedua-dua sukuk ini masing-masing mendapat penarafan A3 oleh Moody’s Investors Service dan A- oleh S&P Global Ratings.

Terbitan Sukuk Kelestarian ini juga mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negara berikutan telah berlaku lebihan langganan sehingga 6.4 kali, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul.

Berikutan permintaan yang amat menggalakkan, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan saiz terbitan asal daripada AS$1.0 bilion kepada AS$1.3 bilion.

“Yang lebih penting, permintaan ini mencerminkan keyakinan pasaran ke atas pemulihan dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun berhadapan dengan cabaran getir akibat pandemik COVID-19 dalam tempoh setahun lalu.”, jelas beliau.

Menteri Kewangan juga menyebutkan terbitan ini bukan sahaja akan menggungguli pelbagai aspek, tetapi juga sebuah pengiktiran yang tinggi ke atas keupayaan inovatif industri kewangan Islam Malaysia dalam menstruktuk sukuk berpaksikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, terbitan Sukuk Kelestarian itu turut membuktikan usaha kerajaan menangani kesan perubahan iklim serta menggiatkan peralihan ke arah ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif sejajar dengan WKB 2030.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: