USD/CAD berjaya menamatkan sesi dagangan minggu lalu di paras yang tinggi walaupun CAD berhasil menutup separuh kerugian pada hari Jumaat, didorong ol
USD/CAD berjaya menamatkan sesi dagangan minggu lalu di paras yang tinggi walaupun CAD berhasil menutup separuh kerugian pada hari Jumaat, didorong oleh laporan CPI yang menepati sasaran.
Apakah pasangan matawang ini akan kekal bullish?
Loonie (CAD) bermula lemah berbanding kesemua matawang lain didorong oleh penurunan harga minyak dan data-data ekonomi yang tidak memihak kepada ekonomi Kanada.
Sejak hari Isnin sehingga Khamis minggu lalu, USD/CAD berjaya merekodkan peningkatan melebihi 200 pips kepada 1.2754 yang mana didorong oleh pengukuhan semula greenback (USD) serta laporan jualan runcit Kanada bulan Disember yang mengecewakan, susut -0.8%.
Walau bagaimanapun, bacaan inflasi CPI bulan Januari yang naik 0.7% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) telah memulihkan semula sentimen CAD dan berjaya mengurangkan hampir separuh kerugian berbanding dollar.
USD/CAD kini didagang sekitar 1.2631, jatuh 0.19% setakat jam 11.40 pagi dengan support signifikan berada sekitar harga 1.2610.
Dalam keadaan, bank pusat Kanada (BOC) yang masih teragak-agak dengan pandangan dasar mereka serta jangkaan USD kembali kukuh minggu ini menyebabkan risiko yang tinggi buat CAD, sekali gus berpotensi mengekalkan momentum bullish USD/CAD.
COMMENTS