Mampukah Harga Emas Keluar Daripada Paras Terburuk 2018?

Mampukah Harga Emas Keluar Daripada Paras Terburuk 2018?

Harga emas sedang bergerak naik, keluar paras harga terendah tahun 2018 ($1,2810.20) menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan awal

Harga emas sedang bergerak naik, keluar paras harga terendah tahun 2018 ($1,2810.20) menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan awal pagi esok.

Pasaran niaga emas di Comex kini didagang sedikit tinggi, naik 0.33% kepada $1,2960.50 per auns setakat jam 6.10 petang.

Para pelabur akan meneliti minit mesyuarat terkini yang akan dikeluarkan oleh Federal Reserve pada jam 2 pagi Khamis selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%-1.75% pada 2 Mei yang lalu.

Antara perincian maklumat yang menjadi tumpuan adalah pandangan Fed terhadap pertumbuhan semasa inflasi serta kesan kepada perlaksanaan rate hike di masa hadapan. Maklumat tersebut penting bagi menentukan kedudukan dollar dan pergerakan pasaran emas yang lebih jelas.

Sehingga hari ini, price-in pasaran terhadap jangkaan rate hike Fed di bulan Jun telah melebihi 90%. Namun isu yang menjadi perdebatan adakah Fed akan meningkatkan jumlah rate hike pada tahun ini kepada tiga kali atau kekal dengan dotplot yang sama.

Perdebatan berlaku didorong oleh momentum yang menyokong pengukuhan dollar seperti lonjakan hasil bon dan prospek inflasi yang semakin kukuh.

Kadar faedah yang lebih tinggi kebiasaannya meningkatan permintaan dollar dan menolak naik kadar pulangan hasil bon, menjadikan aset tanpa kadar faedah seperti emas kurang mendapat perhatian.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: