Mampukah Emas Kekal Bullish?

Mampukah Emas Kekal Bullish?

Emas mendaki ke paras tertinggi sebulan lalu pada hari Rabu dengan dolar US terus ditekan dan dijual akibat keraguan pasaran terhadap nasib tax reform

Emas mendaki ke paras tertinggi sebulan lalu pada hari Rabu dengan dolar US terus ditekan dan dijual akibat keraguan pasaran terhadap nasib tax reform US walaupun laporan inflasi dan jualan runcit positif.

Harga emas di Comex NYMEX naik $1.41 atau 0.11% kepada $1,284.14 per ounce setakat jam 10.50 malam.

Jabatan Perdagangan US melaporkan peningkatan 0.1% harga pengguna (CPI) pada bulan Oktober. Dan dalam laporan lain, jualan runcit  terus menaik 0.2% pada bulan lepas, lebih tinggi daripada jangkaan 0.1%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.15% kepada 93.58, paras terendah sejak 20 Oktober lalu.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar. USD yang lemah menjadikan emas lebih murah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain.

Greenback masih tertekan dengan nasib pembaharuan cukai US yang dilihat akan tertangguh lebih lama.

Senat Republik US pada hari Selasa lalu mengatakan bahawa mereka akan memasukkan bersama pemansuhan insurans individu Obamacare yang digunakan oleh kebanyakkan rakyat US ke dalam pelan pembaharuan cukai.

Pasaran bimbang adakah pelan ini akan mendapat kelulusan sebelum akhir tahun ini. Ahli Republik berharap undian terakhir untuk mendapat kelulusan dapat dilakukan pada sambutan Thanksgiving minggu hadapan. Namun penganalisis masih ragu dengan tempoh tersebut.

Paras Teknikal Emas

Jika harga berjaya kekal di atas breakout R1, menjadi petanda untuk emas bullish dalam tempoh masa sederhana. Tambahan pula, sentimen dolar yang masih lemah, meningkatkan lagi permintaan emas ketika ini.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: