Matawang komoditi lemah di awal sesi dagangan hari ini ,sementara itu matawang (safe haven) seperti yen mengukuh selepas para pengeluar minyak global
Matawang komoditi lemah di awal sesi dagangan hari ini ,sementara itu matawang (safe haven) seperti yen mengukuh selepas para pengeluar minyak global gagal mencapai persetujuan untuk menghadkan paras pengeluaran. Untuk pergerakan matawang AUDUSD berpeluang mengukuh adalah terhad kerana data harga rumah di China untuk tarikh bulan Mac lebih tinggi daripada tarikh sebelumnya, dan untuk matawang USDJPY berpeluang turun kerana tidak adanya sokongan dari G20 untuk campur tangan kerajaan Jepun dalam bertindak balas kepada pengukuhan yen akhir ini.
Harga minyak melemah lebih daripada 5% pada sesi Asia hari ini,ini kerana kesepakatan tidak tercapai persetujuannya diantara para pengeluar minyak global. Walaubagaimanapun dalam tempoh singkat harga minyak berpeluang naik adalah terhad kerana positifnya data ekonomi dari China, negara pengguna minyak kedua terbesar di dunia. Bagaimanapun trend secara keseluruhannya masih turun bagi harga minyak kerana keputusan pertemuan di Doha memburukkan lagi keadaan berlebihan bekalan global.
COMMENTS