Masa Depan Perniagaan Trump Suram, Tiga Bank Putuskan Hubungan

Masa Depan Perniagaan Trump Suram, Tiga Bank Putuskan Hubungan

Hubungan Donald Trump bersama industri kewangan bertambah keruh selepas pemberi kredit utama, bank tempat kelahirannya, termasuk pemberi pinjaman gad

Hubungan Donald Trump bersama industri kewangan bertambah keruh selepas pemberi kredit utama, bank tempat kelahirannya, termasuk pemberi pinjaman gadai janji telah menolak untuk berurusan dengan beliau setelah berlakunya rusuhan di Capitol Amerika Syarikat.

Ketegangan hubungan ini mula muncul pada hari Isnin lalu selepas Deutsche Bank AG memutuskan untuk tidak lagi membuat sebarang urusan perniagaan bersama Trump atau dengan syarikat milik keluarga beliau sementara menantikan pelunasan pinjaman sekitar AS$300 juta pada tahun-tahun mendatang.

Kemudian, Signature Bank yang berpusat di Manhattan, yang hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki melalui Fifth Avenue dari Trump Tower, turut mengumumkan akan menutup akaun Trump yang mempunyai nilai simpanan sekitar AS$5.3 juta.

Pada hari Selasa, Professional Bank, yang pernah memberi Trump gadai janji bernilai AS$ 11 juta, berkata bahawa mereka tidak akan melanjutkan sebarang perjanjian dengan Organisasi Trump dan “akan memutuskan hubungan dengan segera.”

Persoalan yang timbul kini apakah bank dan penyokong kewangan Trump yang lain akan mengambil langkah yang sama, termasuk syarikat-syarikat gergasi seperti Capital One Financial Corp. dan JPMorgan Chase & Co.

Menurut Bloomberg, hampir kesemua bank tersebut menolak untuk memberikan sebarang ulasan lanjut seperti JPMorgan, BankUnited Inc, First Republic Bank dan Ladder Capital.

Capitol One pula mempunyai dasar untuk tidak berbincang mengenai hubungan bekas atau pelanggan semasa mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: