Masih Dihantui “Hard Brexit”, Pound Bakal Terus Melemah

Masih Dihantui “Hard Brexit”, Pound Bakal Terus Melemah

Pada pembukaan pasaran Asia seawal pagi tadi, Pound terus mencari dasar Lautan Hindi untuk buat kali pertamanya berada di bawah paras 1.20000, hampir

Pada pembukaan pasaran Asia seawal pagi tadi, Pound terus mencari dasar Lautan Hindi untuk buat kali pertamanya berada di bawah paras 1.20000, hampir 200 lebih pips daripada harga penutupan pada Jumaat sekitar 1.22000.

Ini berikutan tulisan akhbar Sunday Times yang melaporkan bahawa May dalam ucapan beliau pada Selasa nanti akan mengisyaratkan “Hard Brexit” atau kesediaan Britain untuk keluar daripada pasaran tunggal di bawah Kesatuan Eropah.

Carney pula yang dijadualkan akan berucap pada awal pagi esok sekitar jam 2.30 pagi mungkin dapat memberikan sedikit keredaan pada Pound namun, secara totalnya Pound ketara di dalam tekanan jualan yang sangat tinggi berpunca daripada sentimen “Hard Brexit” ini.

Kurang daripada 3 bulan menjelang 31 Mac 2017, May akan membentangkan perincian bagaimana Brexit harus berlaku, pelabur dan traders dilihat cenderung untuk melakukan jualan ke atas Pound setiap kali May memberikan ucapan.

Mahkamah Tinggi juga akan membuat keputusan pada bulan ini bagi memutuskan samada May atau Parlimen mempunyai kuasa untuk melakukan “Brexit” walaupun ianya dilihat oleh segelintir sebagai hanyalah sekadar untuk melengahkan masa dan mengalih perhatian.

Saya memilih untuk ‘short’ Pound pada ketika ini sehingga benar-benar ada pelan tindakan “Brexit” yang jelas daripada May.

Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: