Saham-saham British masih dalam momentum penurunan dengan pedangang masih dalam keadaan terkejut dengan keputusan UK keluar daripada kesatuan eropah,
Saham-saham British masih dalam momentum penurunan dengan pedangang masih dalam keadaan terkejut dengan keputusan UK keluar daripada kesatuan eropah, EU. Indeks FTSE 100 menyusut 0.6% diniagakan pada 6105.76. Meneruskan penyusutan 3.2% pada hari Jumaat.
George Osborne, Menteri Kewangan Britain membuat percubaan untuk menenangkan pasaran dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Bank of England masih mempunyai pelan kontigensi jika keadaan pasaran semakin buruk.
Sementara itu Pound diniagakan lebih rendah berbanding Dolar Amerika, Yen Jepun dan kebanyakan mata wang utama dunia pada pasaran Asia. Sehingga ulasan pasaran ini ditulis, GBPUSD diniagakan sekitar 1.317 iaitu Lebih rendah daripada harga penutupan pasaran Jumaat.
COMMENTS