Matawang Krypto Isu Utama Pertemuan G20 Minggu Hadapan

Matawang Krypto Isu Utama Pertemuan G20 Minggu Hadapan

Pada pertemuan G20 minggu hadapan, Jepun akan menggesa kesemua 20 negara (G20) untuk menghalang matawang krypto daripada digunakan untuk pengubahan wa

Pada pertemuan G20 minggu hadapan, Jepun akan menggesa kesemua 20 negara (G20) untuk menghalang matawang krypto daripada digunakan untuk pengubahan wang haram.

Menurut laporan Reuters, salah seorang wakil G20 berkata, “Perbincangan akan tertumpu kepada langkah-langkah untuk mengelak pengubahan wang haram serta perlindungan pengguna, bukan bagaimana dagangan krypto memberi kesan kepada sistem perbankan”.

Beliau turut menyatakan bahawa secara umum, semua ahli G20 merasakan perlaksanaan kawal selia yang lebih ketat tidak memberi kesan yang baik kepada perkembangan ekonomi.

Menteri kewangan dan bank pusat utama ekonomi daripada 20 buah negara G20 akan bertemu di Buenos Aires, Argentina pada 19-20 Mac minggu hadapan dengan matawang krypto menjadi agenda utama.

Jepun merupakan negara pertama yang telah melaksanakan sistem berpusat untuk mengawasi dagangan matawang krypto.

Walau bagaimanapun, isu penggodaman salah satu platform pertukaran terbesar Jepun, Coincheck Inc sehingga menyebabkan kehilangan $530 juta telah menimbulkan tanda tanya mengenai keselamatan dagangan matawang krypto di seluruh dunia.

Perancis dan Jerman mengatakan bahawa mereka akan merancang pelan bersama bagi mengawal pasaran Bitcoin. Kesatuan Eropah pula mungkin akan memperkenalkan strategi jangka masa pendek yang memberi fokus kepada peraturan pengubahan wang haram dan pembiayaan dana kumpulan pengganas.

Apa yang diperlukan adalah untuk mengenakan regulasi bagi melindungi pengguna dan aktiviti haram tanpa menghalang inovasi matawang krypto yang sedang berkembang pesat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: