MAVCOM Minta Syarikat Penerbangan Berusaha Kembalikan Wang Pelanggan Yang Terjejas Akibat Covid

MAVCOM Minta Syarikat Penerbangan Berusaha Kembalikan Wang Pelanggan Yang Terjejas Akibat Covid

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) meminta semua syarikat penerbangan untuk memenuhi keperluan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas ole

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) meminta semua syarikat penerbangan untuk memenuhi keperluan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas oleh pembatalan penerbangan susulan sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa yang dikenakan bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, MAVCOM berkata secara prinsipnya, jumlah yang harus dikembalikan oleh syarikat penerbangan bersamaan dengan harga tiket termasuk cukai, caj yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan caj perkhidmatan pilihan yang dibeli oleh pengguna.

“Syarikat penerbangan mesti melaksanakan prinsip wajar dan adil dalam penentuan kaedah pembayaran balik kepada pengguna yang terjejas.

“Kaedah pembayaran balik perlu mengembalikan pengguna kepada keadaan ketika pembelian tiket dilakukan, dengan menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak”, tambah MAVCOM.

Syarikat penerbangan yang terjejas akibat krisis wabak dilaporkan telah menggesa supaya para pelanggan menempah semula atau menerima baucar perjalanan atau menyimpan kredit bagi menggantikan penerbangan dan bukan dengan menuntut bayaran balik.

Walau bagaimanapun, MAVCOM tetap mengakui bahawa kebanyakan syarikat penerbangan telah pun memenuhi permintaan bayaran balik berkenaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: