May Gagal Meraih Sokongan Parti Sendiri, Jangkaan Perjanjian Baru Brexit Untuk Tidak Diluluskan Meningkat

May Gagal Meraih Sokongan Parti Sendiri, Jangkaan Perjanjian Baru Brexit Untuk Tidak Diluluskan Meningkat

Penyelesaian isu peralihan UK daripada Kesatuan Eropah masih tergantung selepas kejayaan PM UK Theresa May mendapatkan syarat perjanjian yang baru ga

Penyelesaian isu peralihan UK daripada Kesatuan Eropah masih tergantung selepas kejayaan PM UK Theresa May mendapatkan syarat perjanjian yang baru gagal meraih sokongan daripada parti beliau sendiri (Konservatif) sebelum undian di jalankan.

Peguam Negara Geoffery Cox dalam kenyataan bertulis menjelaskan bahawa “Risiko terhadap undang-undang tidak berubah, namun isu perundangan yang mempengaruhi peralihan hanya dapat memaklumkan apakah dasar keputusan politik yang perlu dilakukan”.

Komen Cox telah meningkatkan jangkaan untuk melihat kegagalan perjanjian Brexit May diluluskan, sekali gus menyebabkan pound susut sekitar 0.48% berbanding dollar dengan GBP/USD kini berundur ke paras 1.3088 setakat jam 12.10 tengahmalam.

Syarat perjanjian Brexit May gagal memperoleh majoriti pada 15 Januari lalu dengan undian 432 berbalas 202 dan kumpulan pro-Brexit utama daripada parti May, Kumpulan Penyelidikan Eropah berkata mereka tetap tidak bersetuju untuk meluluskan syarat perjanjian baru yang akan diundi pada jam 3 pagi.

Isu utama yang menjadi halangan adalah backstop sempadan Irish, satu dasar yang bertujuan mengelakkan daripada penguasaan kawalan sempadan antara sempadan Irish Utara milik UK dengan kawasan Ireland milik EU.

Para penyokong Brexit tetap optimis dengan mengatakan peralihan mungkin akan memberi ketidakseimbangan untuk jangka masa yang pendek, namun dalam tempoh yang lebih lama, keputusan ini akan membolehkan UK terus berkembang maju tanpa keterikatan dengan EU.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: