Perdana Menteri UK memberi amaran dan mengugut penentang daripada Parti Konservatif untuk mengadakan pilihanraya pada musim panas ini jika mereka meng
Perdana Menteri UK memberi amaran dan mengugut penentang daripada Parti Konservatif untuk mengadakan pilihanraya pada musim panas ini jika mereka menggagalkan pelan beliau terhadap kastam selepas Brexit. May dikatakan telah memberi amaran itu kepada Stephen Hammond dan Nicky Morgan sebelum undian genting yang mengekalkan Britain di dalam kesatuan kastam.
May telah memenangi undian dengan enam majoriti walaupun dengan 12 orang ahli parlimen beliau telah menyebelahi pihak pembangkang untuk menentang pelan yang telah dibawa ke dalam Parlimen UK. Keputusan yang menyebelahi May ini hanya berjaya dicapai pada minit-minit terakhir.
Pound tetap ditekan walaupun dengan keputusan undian telah menyebelahi May dan sentimen Brexit terus menghantui pergerakan matawang Britain ini. Kalendar ekonomi UK akan dimulakan dengan data penting Indeks Harga Pengguna pada jam 4.30 petang nanti.
Indeks Harga Pengguna UK dijangka akan meningkat kepada 2.6% berbanding bulan lepas iaitu pada 2.4% manakala Indeks Harga Pengguna Asas pula dijangka turut beranjak daripada 2.1% kepada 2.2%. Kenaikan harga tenaga terutamanya minyak dunia memungkinkan harga pengguna melambung dan jika data pada petang ini adalah baik ini akan dapat membantu GBP untuk pulih buat seketika.
Pasangan Pound-Dolar pada ketika ini berada di paras 1.30950 setelah semalam melakukan cubaan untuk memecahkan kawasan ‘support’ di paras harga 1.30700. Pasangan ini dilihat akan cuba untuk menguji paras ini sekali lagi pada hari ini jika terbitan data UK tidak memberangsangkan.
Paras di antara 1.30300 dan 1.30700 dilihat sebagai kawasan yang terbaik untuk GBP/USD untuk melakukan pembalikan arah kepada belian. Namun jika paras ini berjaya ditembusi, ia akan membuka kepada peluang untuk harga menguji paras yang lebih rendah disekitar 1.28000.
COMMENTS