MB Johor: Kerajaan Negeri Mengalamai Kerugian Hasil Lebih 20% Kerana PKP

MB Johor: Kerajaan Negeri Mengalamai Kerugian Hasil Lebih 20% Kerana PKP

Kerajaan negeri Johor mengalami kerugian hasil lebih 20% akibat dari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan Malaysia-S

Kerajaan negeri Johor mengalami kerugian hasil lebih 20% akibat dari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan Malaysia-Singapura, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad semalam.

Beliau menyebutkan kerugian bukan sahaja disebabkan oleh cas dan cukai yang tidak dituntut, akan tetapi juga disebabkan oleh penurunan aktiviti pelaburan dan penyusutan kemasukan pelancong daripada negara jiran.

“Johor adalah negeri yang berpotensi besar dari segi ekonomi namun pada masa yang sama, ketika negara jiran kita, Singapura menghadapi cabaran ekonomi, Johor akan terjejas dua kali ganda berbanding negeri-negeri lain.”, ujar beliau.

Kenyataan di atas dikeluarkan ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan hadapan Covid-19 semasa lawatan kerja ke daerah Kluang di sini hari Ahad lalu yang turut dihadiri pegawai daerah Ismail Abu dan ADUN Machap, Abd Taib Abu Bakar.

Hasni turut mengatakan bahawa kerajaan komited untuk mencari jalan bagi memulihkan ekonomi, termasuk menyediakan pelbagai inisiatif dan mengangkat sekatan untuk membantu mengembalikan pertumbuhan ekonomi.

Mengulas mengenai kemasukan pekerja tempatan ke Singapura, Hasni berkata isu tersebut masih di dalam perbincangan dan berdasarkan rekod sekitar 200,000 rakyat Malaysia yang kebanyakkan menetap di Johor Baru bekerja di sana.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Sabtu pula berkata Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membentuk “Periodic Commuting Arrangement” bagi membenarkan penduduk kedua-dua negara yang memiliki pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan untuk kembali ke negara masing-masing secara berkala bagi cuti jangka masa pendek.

Muhyiddin juga berkata, ‘Reciprocal Green Lane’ (RGL) juga akan ditubuhkan untuk memudahkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan rasmi dan perniagaan antara kedua-dua negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: