MDEC: Pengguna e-Dagang ASEAN Kini Mencecah 340 Juta Orang

MDEC: Pengguna e-Dagang ASEAN Kini Mencecah 340 Juta Orang

Penularan wabak Covid-19 telah menjadi satu katalis kepada pasaran ASEAN untuk menerima penggunaan e-dagang lebih awal dari yang dijangkakan, jelas P

Penularan wabak Covid-19 telah menjadi satu katalis kepada pasaran ASEAN untuk menerima penggunaan e-dagang lebih awal dari yang dijangkakan, jelas Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ketua pegawai operasi (COO) Datuk Ng Wan Peng berkata sebelum berlakunya wabak, unjuran pengguna e-dagang ASEAN oleh MDEC adalah sekitar 310 juta orang pada tahun 2025.

“Covid-19 telah mendorong lebih banyak orang untuk berada di atas talian dan sekarang jumlahnya telah mencecah 340 juta,” kata beliau ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Jocom MShopping Sdn Bhd semalam.

MoU tersebut akan membolehkan pengusaha Perdasama di seluruh negara memasarkan produk mereka ke pasaran China, Australia dan ASEAN menggunakan pelbagai platform e-dagang melalui Jocom.

Ng juga menyebutkan bahawa jumlah pengguna e-dagang di ASEAN yang telah melampaui sasaran tahun 2023 menunjukkan terdapatnya potensi yang besar pada pasaran tersebut.

“Apabila lebih ramai berada di atas talian, hal ini bermaksud perniagaan juga dapat bertahan dan mengekalkan pekerjaan bagi mereka yang berada di dalam industri logistik dan penghantaran,” katanya.

MDEC juga dilaporkan akan terus menilai pasaran online ini bagi memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia akan terus maju dan bertahan dalam era ekonomi digital yang baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: