MEDAC: PKSM Di Ambang Kejatuhan Jika Sekatan Operasi Perniagaan Berterusan

MEDAC: PKSM Di Ambang Kejatuhan Jika Sekatan Operasi Perniagaan Berterusan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan berkata, sektor Perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) yang men

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan berkata, sektor Perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) yang menyumbang 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, berada di ambang kejatuhan jika sekatan terhadap operasi perniagaan berterusan dalam tempoh yang tidak dapat ditentukan.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh kementerian, dianggarkan 580,000 perniagaan atau 49% daripada sektor PKSM berisiko gagal menjelang Oktober jika mereka terus tidak dibenarkan beroperasi pada waktu itu.

Hal ini juga bermaksud lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan dan jika dianggarkan purata tanggungan adalah dua orang setiap pekerja, maka sekitar 14 juta orang akan terjejas dengan situasi tersebut.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keadaan adalah buruk dan terdapat keperluan mendesak untuk tampil dengan tindakan pemulihan yang wajar bagi menangani isu ini.

Kegagalan menyelesaikan masalah tersebut akan mengakibatkan kesan buruk terhadap landskap sosio-ekonomi negara, yang kemudiannya akan mempengaruhi kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat secara keseluruhan.

“Sekiranya kita tidak melakukan sesuatu untuk menolong mereka sekarang, saya bimbang banyak PKSM akan gagal dan tidak lagi dapat bersama membantu membangun semula ekonomi, setelah aktiviti perniagaan kembali dibuka.”, jelas beliau.

Wan Junaidi juga berkata “Saya bimbang bahawa kegagalan perniagaan PKSM ini disebabkan sekatan pergerakan yang berpanjangan akan mewujudkan kesan domino, menjejaskan masyarakat, membawa kepada impak sosial dan ekonomi yang lebih serius.”

Hasil tinjauan turut menunjukkan tiga faktor utama telah menjejaskan keadaan kesihatan mental usahawan termasuklah penurunan dan kehilangan pendapatan, masalah hutang dan pembiayaan serta risiko penutupan perniagaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: