MEF: Hentikan Pengkomersialan Pengambilan Pekerja Asing

MEF: Hentikan Pengkomersialan Pengambilan Pekerja Asing

Eksploitasi pengambilan pekerja asing untuk keuntungan yang hanya menguntungkan pihak tertentu harus dihentikan segera, kata pengarah eksekutif Perse

Eksploitasi pengambilan pekerja asing untuk keuntungan yang hanya menguntungkan pihak tertentu harus dihentikan segera, kata pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata jumlah pekerja asing dalam kategori ini yang telah mencecah lebih 4 juta orang adalah membimbangkan berikutan ianya lebih besar daripada 2.2 juta pekerja asing yang didokumentasikan.

“Kita boleh menjadi jutawan jika kita menceburkan diri dalam sektor pengambilan pekerja asing kerana semua pengkomersialan ini tetapi ia harus dihentikan kerana tujuan pengambilan hanyalah untuk mengisi kekosongan pekerjaan bukan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Shamsuddin ketika mengulas mengenai strategi mendorong penggunaan tenaga kerja lokal pasca Covid-19 dalam program ‘Suara Profesor Negara’ Bernama TV pada hari Jumaat lalu.

Sementera itu, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berkata, stigma sosial adalah salah satu sebab pekerja tempatan bersikap memilih ketika bekerja walaupun mereka berpotensi layak melakukan pekerjaan tiga D (sukar, berbahaya, kotor).

Roselina menjelaskan diskriminasi ini didorong oleh sikap mereka sendiri yang menganggap bekerja di sektor seperti pertanian, pembuatan dan pembinaan akan memalukan mereka dan tidak menepati kelayakan dan minat mereka.

“Sekiranya jumlah pekerja asing bekurang secara drastik dan pekerja tempatan diberi peluang pekerjaan dengan insentif yang lebih baik, mereka akan menerima pekerjaan itu namun isunya adalah aspek stigma sosial yang perlu diubah mengenai sektor 3D. Sektor ini harus dijenamakan semula”, katanya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: