Menjelang Keputusan BOE, Besi Kuning Susut.

Menjelang Keputusan BOE, Besi Kuning Susut.

Emas menambah susutan nilai semalam semasa sesi pembukaan London berikutan pedagang memfokuskan lebih tumpuan kepada keputusan BOE jam 7 malam nanti w

Emas menambah susutan nilai semalam semasa sesi pembukaan London berikutan pedagang memfokuskan lebih tumpuan kepada keputusan BOE jam 7 malam nanti waktu Malaysia.

 

Ketika pasaran dibuka jam 6 pagi tadi emas berada pada paras 1357.11 (XM mt4) dan kini diniagakan pada harga 1353.00 per auns. Semalam harga emas susut berikutan data ADP NDP yang lebih baik dari jangkaan pakar ekonomi.

 

Jam 7 malam nanti, BOE akan mengumumkan kadar faedah, laporan inflasi sukuan kedua, dan polisi kewangan terkininya. Mark Carney, Gabenor Bank England, BOE, akan juga membuat satu sidang media jam 730 malam nanti.

 

Tinjauan agensi berita Reuters terhadap pakar-pakar ekonomi, menjangkakan BOE akan memotong kadar faedah kepada paras terendah 0.25% daripada 0.5%. Pasaran menjangkakan BOE akan membuat potongan kadar faedah dan mengumumkan lebih rangsangan bagi menghadapi ketidaktentuan pasca Brexit.

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

Wakakaaka

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: