Kiwi dan Aussie diniagakan lebih kukuh berbanding Dolar Amerika sehingga ulasan pasaran ini ditulis. Ini mungkin disebabkan para pelabur dalam mood tu
Kiwi dan Aussie diniagakan lebih kukuh berbanding Dolar Amerika sehingga ulasan pasaran ini ditulis. Ini mungkin disebabkan para pelabur dalam mood tunggu dan lihat sehingga FOMC mengeluarkan kenyataan bulanannya pada hari Khamis waktu Malaysia jam 2 pagi.
Pasangan mata wang NZDUSD menokok 0.86% di harga tertinggi 0.7055 iaitu paras tertinggi sejak 20 julai. Pagi tadi statistik ekonomi New Zealand mencatatkan lebihan dagangan NZD127Juta berbanding NZD385Juta. Pakar-pakar ekonomi menjangkakan lebihan dagangan sebanyak NZD125juta sahaja.
AUDUSD pula mengukuh sebanyak 0.79% iaitu kira-kira pada paras 0.7528. Ianya merupakan harga tertinggi sejak 19 julai.
Rata-rata pelabur dalam pasaran mata wang dilihat mengambil langkah tunggu dan lihat menjelang mesyuarat FOMC. Kemudian, menyebabkan Dolar Amerika dilihat melemah berbanding beberapa mata wang dunia
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS