Kekuatan data Jerman telah membantu mengukuhkan euro pada petang Khamis yang lalu. Pesanan kilang Jerman bagi bulan Mei naik 2.6%, melebihi jangkaa
Kekuatan data Jerman telah membantu mengukuhkan euro pada petang Khamis yang lalu.
Pesanan kilang Jerman bagi bulan Mei naik 2.6%, melebihi jangkaan 1.1% dan turut mengeluarkan bacaan daripada paras negatif sejak bulan Mac yang lalu.
Peningkatan EUR/USD ke paras 1.1720 turut didorong oleh kelemahan dollar apabila ADP melaporkan penambahaan pekerjaan yang lebih kecil berbanding ramalan.
Bullish EUR/USD walau bagaimanapun tidak bertahan lama apabila kejatuhan USD terhenti dengan sokongan kajian indeks ISM yang menunjukkan sektor perkhidmatan AS berkembang lebih baik pada bulan Mei, naik 59.1 mata lebih tinggi berbanding 58.6 pada bulan April lalu.
Selain itu, minit mesyuarat FOMC yang mengesahkan komitmen ahli Fed untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur turut memulih dan menstabilkan dollar pada pertengahan sesi dagangan AS yang lalu.
Pembuat dasar Fed yakin bahawa ekonomi kukuh dan inflasi dijangka mencapai paras 2 peratus dengan pergerakan yang konsisten. Mereka walau bagaimanapun tidak menafikan risiko dasar dagangan AS ke atas ekonomi.
EUR/USD jatuh ke paras 1.1673 selepas laporan FOMC dikeluarkan. Kini euro masih berada di bawah 1.7000 berbanding greenback, didagang pada harga 1.1686, susut -0.03% setakat jam 10.35 pagi.
Perhatian pelabur kini beralih kepada data NFP dan tariff US-China yang akan bermula pada hari ini bagi menentukan pergerakan EUR/USD yang seterusnya.
COMMENTS