Menteri Kesihatan UK: Kerajaan Akan Pastikan Vaksin Covid-19 Disediakan Seawal Disember

Menteri Kesihatan UK: Kerajaan Akan Pastikan Vaksin Covid-19 Disediakan Seawal Disember

Kerajaan Britian telah mengerahkan Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) untuk bersedia menggunakan sebarang vaksin Covid-19 bermula pada bulan Disembe

Kerajaan Britian telah mengerahkan Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) untuk bersedia menggunakan sebarang vaksin Covid-19 bermula pada bulan Disember.

Kemudian ianyakan akan dilancarkan, dimulakan dengan mereka yang paling lemah, kata menteri kesihatan UK hari ini.

Laporan yang menyebutkan 90% keberkesanan vaksin dari Pfizer dan BioNTech pada hari Isnin lalu telah memicu peningkatan pada pasaran kewangan seluruh dunia.

UK dijangka dapat menyediakan 10 juta dos vaksin pada akhir tahun ini. “Saya telah mengarahkan mereka (NHS) untuk bersedia bermula awal bulan Disember”, kata Matt Hancock, menteri kesihatan UK dalam wawancara bersama Sky News.

Hancock juga menjelaskan bahawa masih banyak halangan yang perlu ditempuhi dan kerajaan tidak akan menggunakan sebarang suntikan sehingga ianya benar-benar diyakini selamat.

Beliau juga menambah bahawa pihak kementerian masih belum mengetahui sebarang kemas kini keputusan ujian vaksin yang dihasilkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: