Menteri Kewangan UK: Ekonomi Kini Dalam Waktu Sukar, Angka KDNK Mengesahkannya

Menteri Kewangan UK: Ekonomi Kini Dalam Waktu Sukar, Angka KDNK Mengesahkannya

Menteri Kewangan UK, Canselor Rishi Sunak ketika mengulaskan tentang data makro yang dikeluarkan pada hari Rabu berkata ekonomi UK kini berada dalam

Menteri Kewangan UK, Canselor Rishi Sunak ketika mengulaskan tentang data makro yang dikeluarkan pada hari Rabu berkata ekonomi UK kini berada dalam ‘waktu yang sukar’ dan angka hari ini mengesahkannya.

Bacaan awal KDNK UK pada suku tahun kedua 2020 menyusut -20.4% (QoQ), hampir selari dengan jangkaan -20.5% dan jauh lebih rendah berbanding -2.2% yang direkodkan pada suku tahun pertama, manakala dalam unjuran tahun ke tahun (YoY), KDNK menyusut -21.7%.

Sunak berpandangan UK bakal berhadapan dengan kehilangan pekerjaan yang lebih banyak dalam beberapa bulan mendatang walapun ratusan ribu orang telahpun kehilangan pekerjaan mereka.

Pasangan matawang GBP/USD mengekalkan mod pemulihannya sekitar 1.3045, tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap angka pertumbuhan yang dikeluarkan.

Mengikuti perkembangan isu koronavirus, penurunan hospitalisasi pesakit Covid-19 di AS memperkuat keyakinan para pelabur bahawa wabak itu kembali terkawal selepas dilaksanakan tindakan yang lebih ketat.

Selain itu, peningkatan hasil bon AS turut menunjukkan peningkatan prospek pemulihan ekonomi AS, sekali gus memberi sokongan kepada permintaan dolar AS.

Fokus kini beralih kepada data inflasi pengguna AS yang mana berpotensi mempengaruhi dinamik pergerakan USD dan memicu peluang dagangan yang lebih signifikan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: