Menteri Kewangan UK: Negara Tidak Boleh Dengan Mudah Meminjam Untuk Keluar Daripada Krisis Covid

Menteri Kewangan UK: Negara Tidak Boleh Dengan Mudah Meminjam Untuk Keluar Daripada Krisis Covid

Menteri Kewangan Britian, Rishi Sunak pada hari Isnin berkata beliau akan melindungi kewangan awam selepas berlakunya lonjakan belanjawan di samping

Menteri Kewangan Britian, Rishi Sunak pada hari Isnin berkata beliau akan melindungi kewangan awam selepas berlakunya lonjakan belanjawan di samping mempertahankan tindakan-tindakan PM Boris Johnson dalam mengawal krisis koronavirus.

“Kami mempunyai tanggungjawab murni kepada generasi hadapan iaitu memastikan kewangan awam dalam keadaan yang kukuh dan melalui pengurusan ekonomi yang teliti”, jelas Sunak.

“Namun jika kita berpendapat tiada had untuk berbelanja, iaitu dengan mudah meminjam untuk keluar dari sebarang halangan, apa gunanya kita (sebagai kerajaan)?”, soal Sunak ketika berucap di persidangan tahunan parti Konservatif secara talian tahun ini.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai bentuk penghormatan kepada Johnson yang mana kepimpinannya telah dipersoalkan, termasuk dikalangan ahli partinya sendiri.

“Ya, ia sememangnya sukar, cabaran adalah sebahagian dari kerja kita, namun atas keputusan yang besar, pada saat-saat genting, Boris Johnson telah melakukannya dengan benar dan kami memerlukan kepemimpinan tersebut,” kata Sunak.

Beliau juga mengatakan akan lebih kreatif dalam mencari jalan membantu memulihkan ekonomi negara dari kemelesetan terbesar dalam sejarah awal tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: