Pembuat kereta Jerman Mercedes-Benz berkata semalam bahawa kenderaan elektriknya di Amerika Utara akan menggunakan teknologi pengecasan yang dibangunkan Tesla mulai 2025.
Kenderaan tersebut juga mendapat akses kepada lebih 12,000 Pengecas Supernya mulai tahun depan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Mercedes kini menyertai pesaing Amerika lain seperti Ford dan General Motors untuk mengguna pakai Standard Pengecasan Amerika Utara (NACS) dalam usaha mengembangkan rangkaian pengecas pantas mereka dalam usaha untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah.
Mercedes-Benz akan menjadi pembuat kereta Jerman pertama yang mendaftar untuk reka bentuk pengecasan Tesla bagi pelanggan Amerika Utaranya.
Volkswagen dari Jerman juga dilaporkan sedang berbincang hal yang sama dalam menerima pakai NACS.
Gergasi pembuat kerata dari Jerman itu pada mulanya akan menawarkan adaptor yang akan membantu EV sedia ada dengan Sistem Pengecasan Gabungan di Amerika Utara untuk mengecas pada rangkaian NACS mulai 2024.
Pemandu Mercedes juga akan dapat melihat lokasi pengecas super Tesla pada peta bersama dengan status ketersediaan serta harga dalam kenderaan mereka.
Ia juga merancang untuk mengembangkan rangkaian pengecasannya secara serentak dengan lebih daripada 400 hab pengecasan, termasuk lebih 2,500 pengecas kuasa tinggi di Amerika Utara menjelang akhir dekad.