Mesyuarat FOMC: ‘Rate Hike’ Dijangka Tidak Akan Menjadi Isu Sehingga Tahun 2023

Mesyuarat FOMC: ‘Rate Hike’ Dijangka Tidak Akan Menjadi Isu Sehingga Tahun 2023

Federal Reserve dijangka menyimpulkan mesyuarat dasar terbaru pada jam 2 pagi (Khamis) dengan unjuran ekonomi yang lebih kukuh, namun dilihat akan me

Federal Reserve dijangka menyimpulkan mesyuarat dasar terbaru pada jam 2 pagi (Khamis) dengan unjuran ekonomi yang lebih kukuh, namun dilihat akan mengulangi janji untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah bagi tempoh yang lama.

Pertemuan kali ini adalah yang mesyuarat bank pusat yang pertama di bawah perlaksanaan rangka kerja baru yang menjanjikan peningkatan inflasi melebihi 2 peratus, di mana ketika ini masih di bawah sasaran.

Strategi baru ini bermaksud Fed tidak akan menghentikan ransangan walaupun kadar pengangguran jatuh lebih cepat dari yang dijangkakan.

Ketua ekonomi dari Nomura, Lewis Alexander dalam notanya menuliskan, “Kami menjangkakan ahli FOMC akan menggunakan jenis unjuran kehadapan berdasarkan hasil pada akhir tahun ini”.

Namun bank pusat dijangka menyimpulkan pertemuan kali ini dengan memberi isyarat komitmen jangka panjang terhadap dasar yang longgar, jelas Alexendar.

Isyarat tersebut mungkin akan memasukkan sasaran purata 2 peratus inflasi dan unjuran suku tahunan yang baru, yang mana bakal menunjukkan pendirian ahli FOMC yang tidak melihat keperluan menaikkan kadar sekurang-kurangnya sehingga tahun 2023.

Selain itu, bank pusat juga akan cenderung untuk mengekalkan program pembelian bon mereka sebagai pilihan dalam membantu memulihkan negara dari kemelesetan, berbanding hanya membekalkan kecairan ke dalam pasaran kewangan.

Perubahan ini akan meningkatkan lagi jangkaan untuk melihat dasar-dasar kewangan yang longgar yang berterusan tanpa perlu meningkatan pembelian.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: