fb-meta

Meta Akan Bekukan Pengambilan Pekerja Untuk Kurangkan Perbelanjaan

Meta syarikat induk Facebook memaklumkan bahawa mereka akan membekukan pengambilan pekerja bagi mengurangkan kos kerana berdepan dengan masa ekonomi yang sukar.

Laporan The Wall Street Journal mendedahkan rancangan untuk menghentikan pengambilan pekerja telah dilakukan oleh CEO Meta Mark Zuckerberg ketika mengendalikan mesyuarat mingguannya.

Keputusan itu dibuat berikutan gergasi media sosial itu merancang untuk mengurangkan perbelanjaannya sekurang-kurangnya 10 peratus.

Ketika syarikat mengumumkan pendapatan, Zuckerberg berkata bahawa kumpulan akan dikecilkan untuk mengagihkan semula tenaga ditengah-tengah tekanan ekonomi serta fenomena Tiktok yang semakin meningkat.

Meta yang sebelum ini hanya merekodkan pertumbuhan menaik telah melaporkan penurunan pertamanya awal tahun ini dalam pengguna harian global.

“Ini adalah tempoh yang menuntut lebih intensiti, dan saya menjangkakan kami dapat menyelesaikan lebih banyak perkara dengan sumber yang lebih sedikit,” kata Zuckerberg kepada penganalisis semasa menjelaskan perolehan.

Platform teknologi besar telah mengalami iklim ekonomi, yang memaksa pengiklan mengurangkan belanjawan pemasaran.

Di tambah dengan perubahan privasi data Apple, yang telah mengurangkan kelonggaran untuk pemperibadikan iklan.

Snap dan gergasi e-dagang Amazon adalah antara firma teknologi yang telah mengumumkan pengurangan tenaga kerja tahun ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *