meta-fb-insta

Meta, Syarikat Induk FB Sedia Jual Bon Korporat Pertama

Syarikat induk Facebook, Meta Platforms Inc telah meminta bank mengadakan mesyuarat bersama para pelabur untuk penjualan bon korporat pertama syarikat itu.

Meta telah meminta Morgan Stanley, JPMorgan Chase & Co, Bank of America Corp, dan Barclays Plc untuk mengatur satu siri panggilan pelabur pendapatan tetap pada hari Rabu yang lepas.

Tidak seperti kebanyakan gergasi teknologi lain yang telah meminjam dengan jumlah yang besar pada kadar rendah walaupun mempunyai tunai yang banyak, Meta sehingga hari ini masih terkecuali daripada pasaran bon.

Menurut Bloomberg, setakat suku terbaru, Meta merupakan salah satu daripada 18 syarikat dalam S&P 500 tanpa hutang jangka pendek atau panjang yang tertunggak, tidak termasuk liabiliti sewa.

“Meta mampu membina struktur modal baharu yang merangkumi bon pertamanya,” jelas penganalisis Bloomberg Intelligence, Robert Schiffman.

“Secara teori peningkatan perbelanjaan modal yang tertumpu pada metaverse, bersama-sama dengan peningkatan pembelian balik saham, boleh disokong dengan berpuluh bilion hutang kos rendah sebagai kontrak aliran tunai percuma 2022,” tambahnya.

Menurut Schiffman, Meta ketika ini mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan hutang sebanyak AS$50 bilion.

Walaupun saham syarikat telah menurun 52% tahun ini berikutan persaingan daripada TikTok, kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi serta pivot CEO Mark Zuckerbeg kepada metaverse, Jun, Meta masih mempunyai pegangan tunai sekitar AS$40.5 bilion setakat 30 Jun.

S&P Global Ratings memberikan Meta penarafan gred pelaburan AA pada hari Rabu, manakala Moody’s Investors Service memberikan penarafan A1 kepada gergasi teknologi itu, satu peringkat lebih rendah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *