Michael Gove: UK Inginkan Perjanjian, Namun Bukan Dengan Menjadi Tawanan

Michael Gove: UK Inginkan Perjanjian, Namun Bukan Dengan Menjadi Tawanan

Michael Gove, menteri kabinet UK yang mengendalikan isu Brexit pada hari Ahad berkata UK semakin bersedia untuk berhadapan senario no-deal Brexit.

Michael Gove, menteri kabinet UK yang mengendalikan isu Brexit pada hari Ahad berkata UK semakin bersedia untuk berhadapan senario no-deal Brexit.

“Ianya bukanlah destinasi pilihan kami. Namun jika pilihannya adalah di antara perjanjian yang akan mengikat kami selama-lamanya atau kami bebas membentuk masa depan sendiri, maka itu bukanlah pilihan sama sekali.” jelas Gove dalam satu keratan akhbar Sunday Times.

“Dan kami telah melakukan persiapan lebih rapi untuk keluar dengan menggunakan terma dagangan Australia”, ujar beliau.

PM UK, Boris Johnson pada hari Jumaat yang lalu berkata Britian perlu bersiap sedia untuk mengikat perjanjian perdagangan dengan EU seperti yang dilakukan oleh Australia.

Para pengkritik Johnson mengatakan bahawa perundangan ‘Australia’ ini hanyalah sebuah kod yang menunjukkan Britian tidak akan mengikat sebarang perjanjian dengan pasaran eksport terbesar mereka (EU).

Di samping itu, perjanjian perdagangan tersebut juga bermaksud UK akan berdagang di bawah peraturan Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO).

Oleh itu tarif yang akan dikenakan berpotensi memicu kenaikan harga yang signifikan.

Gove sebelum ini berkata walaupun kerajaan ingin mendapatkan perjanjian bersama Brussels, namun bukan dengan menjadi ‘tawanan’.

Pintu perbincangan masih terbuka jika EU mengubah pendekatan mereka dan menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kesepakatan.

“Ianya memerlukan kepada perubahan sikap, dasar dan politik daripada EU untuk mengembalikannya (rundingan Brexit) di atas landasan yang betul”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: