Microsoft Bantah Pemberian Kontrak Pengkomputeran Awan Kepada Amazon

Microsoft Bantah Pemberian Kontrak Pengkomputeran Awan Kepada Amazon

Mirosoft pada Khamis mengesahkan bahawa mereka membantah keputusan untuk menawarkan kontrak pengkomputeran awan kepada pesaingnya Amazon. Media-me

Mirosoft pada Khamis mengesahkan bahawa mereka membantah keputusan untuk menawarkan kontrak pengkomputeran awan kepada pesaingnya Amazon.

Media-media AS melaporkan kontrak yang bernilai AS$10 bilion itu bertujuan untuk memodenkan penyimpanan data rahsia di Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA).

“Berdasarkan keputusan tersebut, kami memfailkan bantahan pentadbiran melalui Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) Amerika Syarikat. Kami menggunakan hak undang-undang kami dan akan melakukannya dengan hati-hati dan bertanggungjawab.” jelas Microsoft.

Jurucakap NSA berkata bahawa mereka “akan bertindak balas terhadap bantahan itu sesuai mengikut peraturan-peraturan persekutuan.”

Satu catatan di laman web Pejabat Akauntabiliti Kerajaan AS menunjukkan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan protes yang diajukan oleh Microsoft pada bulan Julaiu mengenai NSA, namun tanpa memaparkan sebarang perincian.

Sebahagian penganalisis melihat keputusan Microsoft itu dibuat kerana ingin membalas kejayaan Amazon membantah kontrak pengkomputeran awan yang telah dianugerahkan kepada Microsoft.

Pentagon pada bulan Julai membatalkan perjanjian yang dikenali sebagai kontrak Infrastruktur Pertahanan Perusahaan Bersama (JEDI), melenyapkan pertikaian sengit antara Amazon dan Microsoft dengan dakwaan terdapatkan pengaruh politik dalam penawaran tersebut.

Kemenangan Microsotf mendapatkan kontrak JEDI pada tahun 2019, mendorong Amazon untuk mencabar keputusan yang dibuat dengan tuduhan pemberian kontrak itu dipengaruhi oleh bekas presiden AS, Donald Trump.

Amazon mendakwa mereka ditutup dari perjanjian itu kerana pertembungan antara Trump dengan syarikat dan ketua eksekutif Amazon, Jeff Bezos

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: