Microsoft Beli Syarikat Gaming ZeniMax Dengan Harga AS$ 7.5Bilion

Microsoft Beli Syarikat Gaming ZeniMax Dengan Harga AS$ 7.5Bilion

Microsoft Corp pada hari Isnin mengumumkan bahawa mereka telah membayar sejumlah AS$ 7.5b untuk membeli dan mendapatkan hak intelek ZeniMax Media.

Microsoft Corp pada hari Isnin mengumumkan bahawa mereka telah membayar sejumlah AS$ 7.5b untuk membeli dan mendapatkan hak intelek ZeniMax Media.

Zenimax merupakan ibu syarikat kepada Bethesda Softworks, iaitu penerbit dan studio di belakang siri permainan Fallout, The Elder Scrolls, Wolfenstein dan Dishonored serta salah satu penerbit pihak ketiga terbesar bagi Microsoft, Sony dan Nitendo.

Perjanjian ini digubal lebih dari seminggu setelah Microsoft gagal membuat tawaran untuk membeli aset aplikasi video pendek TikTok AS.

TikTok ketika ini telah menyusun perjanjian perkongsian bersama Oracle dan Walmart dan tidak dibuka untuk penjualan secara langsung.

Microsoft mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk memasukkan permainan Bethesda yang baru ke dalam perkhidmatan langganan bulanan Xbox Game Pass ketika permainan tersebut dilancarkan di Xbox atau PC kelak.

Krisis Covid-19 dan sekatan pergerakan telah menyebabkan lonjakan permintaan permainan dan Microsoft meletakkan kepercayaan untuk menawarkan kepada cara bermain yang lebih banyak kepada para pengguna melalui perkhidmatan cloud dan konsolnya pada harga yang berbeza.

Microsoft berkata bahawa perjanjian bersama ZeniMax ini akan ditutup pada separuh kedua tahun fiskal 2021, dan mempunyai kesan yang kecil ke atas pendapatan operasi yang disesuaikan pada tahun fiskal 2021 dan 2022.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: