MIDF: Keluaran Bersih Dana Asing Malaysia Telah Mencecah RM 8.2 Billion

MIDF: Keluaran Bersih Dana Asing Malaysia Telah Mencecah RM 8.2 Billion

Berdasarkan laporan MIDF yang terkini, jualan bersih dana asing di Bursa Malaysia terus berkurangan pada minggu lalu. "Menurut data Bursa, para pe

Berdasarkan laporan MIDF yang terkini, jualan bersih dana asing di Bursa Malaysia terus berkurangan pada minggu lalu.

“Menurut data Bursa, para pelabur asing telah menjual bersih ekuiti tempatan bernilai RM 486 juta pada minggu lalu berbanding RM 631.9 juta pada minggu sebelumnya”, jelas MIFD menerusi laporan aliran dana mingguan mereka.

MIDF berkata, berbanding enam pasaran Asia lain yang turut dipantau oleh firma itu, Malaysia kekal mencatat aliran keluar bersih asing ketiga terendah setakat tahun ini.

“Setakat tahun ini, aliran keluar dana asing daripada Malaysia telah mencecah RM 8.12 billion”, tambah MIDF.

Pada awal pembukaan pasaran minggu lalu, aliran keluar dana asing mencecah RM 108.5 juta, selari dengan penyusutan FBM KLCI 1.1% dan penurunan harga minyak Brent ke paras terendah 18 tahun.

Namun, pembelian semula sebanyak RM113.4 juta saham tempatan pada hari Selasa telah menamatkan aliran keluar dana asing 28 hari berturut-turut dengan bursa merekodkan pemulihan 1.7%, penutupan tertinggi sejak dua minggu yang lepas.

Peningkatan tersebut dipandu oleh optimis pasaran terhadap perkembangan aktiviti pembuatan China pada Mac 2020.

Aliran masuk dana asing walau bagaimanapun tidak bertahan lama apabila saham tempatan kembali dilepaskan pada hari Rabu dengan nilai yang lebih besar sekitar RM 253.4 juta, berikutan data aktiviti pembuatan Asia termasuk Malaysia menunjukkan kelembapan pada bulan Mac.

Momentum penjualan dana asing walau bagaimanapun semakin mengecil apabila Presiden Trump pada hari Khamis menyuarakan jangkaan bahawa Arab Saudi dan Rusia akan mengumumkan pemotongan pengeluaran minyak.

Dari segi penyertaan, nilai purata dagangan harian (ADTV) pelabur asing di bursa saham Malaysia meningkat sebanyak 5.5% kepada RM1.27 bilion, yang mana MIDF mengatakan masih berada pada tahap yang sihat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: