MIDF Tidak Nafikan Potensi “Market Bubble Burst”

MIDF Tidak Nafikan Potensi “Market Bubble Burst”

Berdasarkan lonjakan semasa FBM KLCI, Penyelidik Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) berkata mereka tidak menolak kebarangkalian b

Berdasarkan lonjakan semasa FBM KLCI, Penyelidik Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) berkata mereka tidak menolak kebarangkalian berlakunya “ledakan gelembung pasaran” berikutan kecairan yang tinggi pada pasaran ekuiti.

Ketua analisis MIDF, Imran Yassin Md Yusof berkata walaupun pemulihan mungkin kelihatan berterusan ketika ini, namun beliau yakin ianya tidak akan bertahan lama.

“Sudah tentu ada kemungkinan gelembung akan pecah kerana akhirnya, pasaran tetap akan mengikuti asas sementara prospek pendapatan [korporat] tidak begitu memberansangkan.

“Oleh itu ya, kami berpendapat bahawa akan berlakunya satu tujahan kebawah,” katanya dalam Webinar Langsung MIDF bertajuk “Surviving & Embracing New Malaysia New” yang berlangsung pada hari ini.

Setelah jatuh hampir 400 mata ke paras terendah 1,219,72 mata pada pertengahan Mac akibat wabak Covid-19, yang mana merupakan paras terendah sejak krisis kewangan global pada bulan Oktober 2009, KLCI kini kelihatan menunju ke arah pemulihan, menghapus hampir semua kerugiannya pada tahun ini.

Sehingga semalam, indeks Komposit tutup pada 1,507.04 mata, merekodkan lonjakan 23.5% sejak mencecah titik terendah pada bulan Mac lalu.

Imran menjelaskan bahawa berdasarkan perhitungan mereka, lebih dari AS$ 14 trilion (RM59.84 trilion) dalam program dan pakej rangsangan yang disuntik ke dalam ekonomi seluruh dunia, baik dari segi fiskal dan monetari.

Hal ini akan mengakibatkan terputusnya sebahagian hubungan antara prospek pertumbuhan ekonomi yang kurang memuaskan dengan kenaikan harga pasaran saham.

“Apa yang kami jangkakan, sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini adalah pasaran akan kembali mengikuti asas dan pendapatan, cepat mahupun lambat. Dengan lebih banyak angka buruk diterbitkan, kami menjangkakan perkara ini akan memberi tekanan kepada pasaran,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: