Minit Fed Mengembalikan Jangkaan Rate Hike Pada Tahun Ini

Minit Fed Mengembalikan Jangkaan Rate Hike Pada Tahun Ini

Dollar mendatar pada hari Rabu yang lalu dan hampir tidak berubah pada hari Khamis selepas minit mesyuarat Fed yang dikeluarkan mengembalikan kemungk

Dollar mendatar pada hari Rabu yang lalu dan hampir tidak berubah pada hari Khamis selepas minit mesyuarat Fed yang dikeluarkan mengembalikan kemungkinan rate hike diumumkan pada tahun ini.

Fokus pasaran kini kembali beralih kepada isu perdagangan dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.03% kepada 96.43 mata.

Pemulihan kecil dollar walau bagaimanpaun telah mengurangkan kerugian berbanding euro dan yen semalam dengan EUR/USD berundur daripada 1.1372 kepada 1.1357 sementara USD/JPY naik daripada 110.57 kepada 110.78 setakat jam 4.30 petang.

Pergerakan ini didorong oleh butiran laporan minit mesyuarat Fed yang lalu yang menegaskan bahawa ekonomi dan pasaran buruh AS masih kukuh, sekali gus mengembalikan jangkaan pasaran untuk melihat peningkatan kadar faedah dilakukan pada tahun ini.

Fed pada bulan yang lalu telah mengejutkan pasaran apabila mula mengubah pendirian mereka ke arah yang lebih dovish sehingga mengisyaratkan akan dihentikan kempen tiga kali rate hike pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: