fed-building1

Minit Fed: ‘Rate Hike’ Hanya Akan Diperlahankan Apabila Tiba Waktunya

Bank pusat AS kekal komited untuk terus menaikkan kadar faedah bagi meredakan kenaikan harga, namun majoriti ahli bersetuju adalah wajar untuk memperlahankan kadar kenaikan itu apabila tiba waktunya.

Dalam minit mesyuarat dasar Julai, yang telah memutuskan kenaikan kadar faedah terbesar dua kali berturut-turut, ahli FOMC berkata lebih banyak waktu diperlukan untuk menurunkan semula inflasi di bawah sasaran dua peratus bank pusat.

Namun begitu, kebanyakkan ahli dalam mesyuarat itu memberi amaran bahawa terdapat “risiko” bahawa Fed bertindak melampaui batas dalam usahanya meredakan tekanan harga yang telah melonjak pada kadar terpantas dalam lebih daripada 40 tahun.

Bank pusat telah menaikkan kadar faedah utama sebanyak empat kali tahun ini, termasuk dua kenaikan besar 75 mata asas pada Jun dan Julai selepas inflasi tahunan AS melonjak ke paras 9.1 peratus pada Jun.

Sejak pertemuan Fed pada Julai yang lalu, keyakinan pasaran meningkatan dengan ulasan Pengerusi Fed Jerome Powell, yang memberi isyarat bahawa memperlahankan kenaikan kadar faedah yang agresif akan tiba tidak lama lagi.

Bagaimanapun, para penggubal dasar cuba untuk menghilangkan sebahagian keyakinan yang berlebihan itu, menekankan dalam minit serta ucapan mereka baru-baru ini bahawa bank pusat komited untuk melawan inflasi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *