fomc7

Minit FOMC: Fed Lihat Kenaikan Kadar ‘Lebih Cepat’ Berikutan Peningkatan Inflasi

Penggubal dasar Federal Reserve pada bulan lalu menyuarakan kebimbangan tentang kesan Omicron, namun percaya ekonomi AS telah pulih daripada kemelesetan pandemik.

Menurut minit mesyuarat Disember yang dikeluarkan semalam, keyakinan bahawa ekonomi telah pulih telah menguatkan potensi untuk kadar faedah dinaikkan lebih awal daripada jangkaan.

Dokumen itu memberikan pandangan di sebalik tabir tentang perbincangan jawatankuasa dasar Fed ketika bank pusat sedang berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk bertindak menentang gelombang inflasi yang telah menyebabkan lonjakan harga pengguna.

FOMC telah mempercepatkan penarikan langkah rangsangan pandemik dan mengeluarkan unjuran yang menunjukkan bank pusat menjangkakan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada 2022.

Salah satu daripada dua kriteria untuk menaikkan kadar faedah daripada sifar adalah sejauh mana ekonomi dalam mencapai pekerjaan maksimum yang mana kebanyakkan penggubal dasar percaya kriteria itu hampir atau telahpun dicapai.

Hal ini bermakna “berkemungkinan wajar untuk meningkatkan kadar faedah lebih awal atau pada lebih pantas daripada telah dijangkakan sebelum ini,” kata minit itu.

Ahli FOMC berbelah bahagi tentang saiz ancaman yang ditimbulkan oleh varian baharu kepada negara, dengan kebanyakaan percaya ia menyebabkan “prospek ekonomi lebih tidak menentu.”

Bagaimanapun, dalam minit disebutkan bahawa “mereka (sebahagian ahli FOMC) belum lagi melihat varian baharu itu secara asasnya dapat mengubah laluan pemulihan ekonomi”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *