Minit FOMC: Hampir Tiada Kemungkinan Fed Akan Laksanakan Dasar Kadar Faedah Negatif

Minit FOMC: Hampir Tiada Kemungkinan Fed Akan Laksanakan Dasar Kadar Faedah Negatif

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada hari Rabu yang lalu menunjukkan anggota Fed mengambil sikap yang lebih berhati-hati terhadap prospek kepat

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada hari Rabu yang lalu menunjukkan anggota Fed mengambil sikap yang lebih berhati-hati terhadap prospek kepatansan pemulihan ekonomi dan akan terus komited menjaga dasar yang akomodatif sehingga ekonomi dapat menghilangkan kesan daripada krisis koronavirus.

Berdasarkan jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh ahli FOMC mengenai pasaran terbuka pada bulan April lalu menunjukkan hampir tiada kemungkinan bank pusat akan melaksanakan dasar kadar faedah negatif.

Sebagaimana yang dijelaskan di dalam laporan, “Anggota bersetuju dengan tindakan terkini Fed adalah diperlukan bagi membantu mengurangkan risiko kemerosotan outlook ekonomi”.

“Sebahagian ahli menyatakan bahawa paras keberhutangan kerajaan yang tinggi dapat mengurangkan tekanan kebawah ke atas pertumbuhan potensi pengeluaran output”, tambah mereka.

Selain itu, ahli FOMC juga lebih berhati-hati meneliti perkembangan pihak perbankan berikutan bimbang akan berlakunya tekanan yang lebih besar selepas senario penyebaran wabak dan kegiatan ekonomi direalisasikan.

Ujian tekanan kewangan yang akan datang kepada pihak bank dilihat penting bagi mengukur keupayaan bank-bank besar untuk menahan senario penurunan di masa hadapan.

Minit laporan juga menyebutkan, “Kesemua anggota menilai adalah wajar untuk mengekalkan julat kadar dana persekutuan antara 0 sehingga 0.25%”.

Ahli FOMC turut dilaporkan bersedia untuk melaraskan pelan pembelian aset mengikut kesesuaian bagi menyokong kelancaran fungsinya di dalam pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: