Minit FOMC & Konvensyen Demokratik Tumpuan Utama Di AS Pada Minggu Ini

Minit FOMC & Konvensyen Demokratik Tumpuan Utama Di AS Pada Minggu Ini

Minit mesyuarat FOMC bulan Julai yang akan dikeluarkan pada hari Khamis (2 pagi) merupakan antara acara makro ekonomi utama yang akan diperhatikan di

Minit mesyuarat FOMC bulan Julai yang akan dikeluarkan pada hari Khamis (2 pagi) merupakan antara acara makro ekonomi utama yang akan diperhatikan di AS.

Tiada perubahan dasar yang diumumkan pada pertemuan lalu dan Pengerusi Fed Powell juga tidak memberikan perincian ketika mengulas tentang panduan kehadapan, namun memberikan isyarat bahawa tinjauan akan “diselesaikan dalam masa yang terdekat”.

Oleh itu, minit mesyuarat pada kali ini dijangka dapat memberikan maklumat tambahan terhadap sejauh mana kemajuan perbincangan dan penyelesaian yang disebutkan.

Selain laporan di atas, pasaran juga akan memberi tumpuan terhadap Konvensyen Nasional Demokratik yang telah berlansung pada 17 Ogos dan akan berakhir pada 20 Ogos.

Delegasi parti demokratik memulakan musim pemilihan presiden 2020 dengan mengankat Joe Biden dan Kamala Harris sebagai calon rasmi presiden dan naib presiden.

Andrew Cuomo, Bill Clinton, Nancy Pelosi dan Barack Obama akan menjadi antara pembicara utama sepanjang acara 4 hari tersebut sementara Konvensyen Republik pula akan berlangsung pada minggu hadapan bermula 24 hingga 27 Ogos.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: