Minit FOMC Sahkan Garis Masa Untuk Fed Kecilkan Pembelian Bon

Minit FOMC Sahkan Garis Masa Untuk Fed Kecilkan Pembelian Bon

Dollar didagang berhampiran paras tertinggi tiga bulan berbanding mata wang utama lain pada Khamis selepas minit mesyuarat FOMC bulan Jun mengesahkan

Dollar didagang berhampiran paras tertinggi tiga bulan berbanding mata wang utama lain pada Khamis selepas minit mesyuarat FOMC bulan Jun mengesahkan bahawa Fed sedang menuju ke arah mengecilkan pembellian aset seawal tahun ini.

Setakat jam 10.05 pagi, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang lain didagang sekitar 92.71 mata selepas naik ke paras 92.84 buat pertama kali sejak 5 April.

Para pegawai Fed berkata bahawa kemajuan besar terhadap pemulihan ekonomi secara umumnya dilihat belum tercapai, namun bank pusat bersedia untuk bertindak jika berlakunya lonjakan inflasi dan risiko-risiko yang lain.

Minit juga menunjukkan kebanyakkan pemain pasaran masih merasakan syarat untuk membendung pembelian bon yang dapat membekalkan pasaran dengan wang tunai akan “dipenuhi lebih awal daripada yang mereka jangkakan,” sementara sebahagian yang lain melihat isyarat yang kurang jelas dari data-data yang diterbitkan.

“FOMC kekal salah satu daripada bank-bank pusat yang lebih hawkish di bawah liputan kami,” dan akan mula membincangkan mengenai ‘tapering’ pada mesyuarat dasar akhir bulan ini, tulis ahli strategi Commonwealth Bank of Australia Carol Kong dalam nota pelanggannya.

“Oleh itu, kami menjangkakan USD akan didagang dengan kecenderungan ke atas.”, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: