Minit Mesyuarat Fed Sahkan Bank Pusat Akan Terus Berpendirian Dovish

Minit Mesyuarat Fed Sahkan Bank Pusat Akan Terus Berpendirian Dovish

Dolar AS melemah pada sesi dagangan Eropah hari Khamis, didagang berhampiran paras terendah dua minggu lalu selepas laporan minit mesyuarat Fed bagi

Dolar AS melemah pada sesi dagangan Eropah hari Khamis, didagang berhampiran paras terendah dua minggu lalu selepas laporan minit mesyuarat Fed bagi bulan Mac mengesahkan bahawa bank pusat akan meneruskan dasar monetari yang longgar.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut ke paras 92.155 buat pertama kali sejak 23 Mac selepas laporan tersebut dikeluarkan sebelum stabil sekitar 92.37 mata pada jam 6.20 petang.

Pengukuhan greenback pada suku pertama yang lalu dilihat berpunca dari spekulasi bahawa pertumbuhan ekonomi dan inflasi AS yang lebih cepat akan memaksa Fed meninggalkan janjinya untuk mengekalkan kadar faedah kosong sehingga tahun 2024.

Namun, minit mesyuarat menunjukkan bahawa para pembuat dasar bank pusat terus berpindiran dovish dan kekal berhati-hati dengan unjuran pemulihan ekonomi daripada wabak.

Walaupun mereka mengakui adanya peningkatan terhadap momentum pemulihan, namun akan tetap komited untuk menyokong ekonomi sehingga pemulihan stabil dan selamat.

Pandangan dovish ini turut disokong oleh faktor kurangya daya saing luar terutamanya dari Eropah berikutan jangkitan virus terus meningkat manakala vaksin di sana yang mungkin akan memakan masa yang lebih lama.

Selain Fed, kejatuhan hasil bon 10-tahun AS turut menjadi faktor mendorong penyusutan USD.

Fokus kini beralih kepada ucapan pengerusi Fed Jerome Powell pada persidangan maya Tabung Kewangan Antrabangsa pada malam ini bagi mencari peluang dagangan jangka masa pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: