Minit RBA: Apakah Perbincangan Mengenai QE Telah Berlaku?

Minit RBA: Apakah Perbincangan Mengenai QE Telah Berlaku?

Para penjual AUD/USD mengambil nafas di paras 0.6110 di awal sesi Asia hari Selesa selepas merekodkan kejatuhan ke paras terendah lebih sedekad yang

Para penjual AUD/USD mengambil nafas di paras 0.6110 di awal sesi Asia hari Selesa selepas merekodkan kejatuhan ke paras terendah lebih sedekad yang lalu.

Pelabagai dasar-dasar baru telah diperkenalkan oleh bank pusat dan kerajaan bagi mengurangi impak negatif virus, namun nada risiko masih lemah berikutan kebimbangan terhadap perkembangan yang lebih buruk.

Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden Trump bahawa kesan wabak covid-19 ini berkemungkinan hanya akan berakhir antara Julai atau Ogos hadapan.

Kepanikan para pelabur jelas tergambar menerusi kejatuhan mendadak saham-saham global pada hari Isini yang lalu.

Penguasaan sentimen risk-off walau bagaimanapun terhenti selepas terdapat laporan yang mengatakan bahawa perbincangan tertutup mengenai bill bantuan Koronavirus antara Setiausaha Perbendaharaan AS Steve Mnuchin dan ahli dewan senat sedang berlangsung.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada minit RBA bulan Mac selepas bank pusat mengatakan bahawa mereka bersedia membeli bon kerajaan dan akan mengumumkannya pada minggu ini.

Antara maklumat penting yang akan diteliti oleh pelabur Aussie adalah isyarat bank pusat mengenai pelonggaran kuantitatif (QE) menjelang pengumuman rasmi pada hari Khamis hadapan.

Jika ahli RBA jelas telah berbincang mengenai ransangan tambahan atau penggunaan alat dasar kewangan yang tidak konvensional, penjualan AUD/USD akan diteruskan dengan 0.6185 menjadi resistance terhampir.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: