Minit RBA: Bank Pusat Sedia Tambah Rangsangan Dasar Jika Diperlukan

Minit RBA: Bank Pusat Sedia Tambah Rangsangan Dasar Jika Diperlukan

Minit mesyuarat Rizab Bank Australia (RBA) yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan kesediaan bank pusat untuk memperkenalkan lebih banyak rangsang

Minit mesyuarat Rizab Bank Australia (RBA) yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan kesediaan bank pusat untuk memperkenalkan lebih banyak rangsangan dasar jika diperlukan.

Pada 3 November lalu, RBA telah memutuskan pemotongan 15 mata asas kadar faedah kepada 0.1% yang mana merupakan paras terendah dalam sejarah.

Bank pusat turut melancarkan program pembelian bon yang baru, melibatkan pembelian bon jangka panjang selama 6 bulan berjumlah $100 bilion AUD.

Laporan mesyuarat tersebut juga menunjukkan majoriti para pembuat dasar melihat rancangan untuk menurunkan kadar faedah ke paras negatif adalah tidak masuk akal.

Mereka berpandangan bagi merangsang dasar, tumpuan dan tindakan seterusnya akan melibatkan peningkatan pembelian bon kerajaan.

Walau bagaimanapun, bank pusat tetap memperingatkan bahawa mesyuarat bulan November ini berlangsung di tengah-tengah gelombang penularan wabak terbaru di Selatan Australia yang dilihat berpotensi mengancam sentimen pengguna dan perbelanjaan.

Oleh itu, mereka menegaskan bahawa kesan positif daripada rangsangan monetari dan fiskal mungkin memerlukan masa yang lebih lama dan berjanji tidak akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sehingga tahun 2023.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: