Minyak Kekalkan Peningkatan Dua Minggu Berturut-turut, Mesyuarat JMMC Menjadi Tumpuan

Minyak Kekalkan Peningkatan Dua Minggu Berturut-turut, Mesyuarat JMMC Menjadi Tumpuan

Pasaran futures minyak WTI pada sesi dagangan terakhir Jumaat tutup sekitar $42.23 per barel, merekodkan peningkatan 72 sen atau 1.7% sepanjang mingg

Pasaran futures minyak WTI pada sesi dagangan terakhir Jumaat tutup sekitar $42.23 per barel, merekodkan peningkatan 72 sen atau 1.7% sepanjang minggu lalu dengan kenaikan dua minggu berturut-turut.

Minyak Brent yang menjadi ukuran harga global pula tutup pada paras $44.95 dengan peningkatan 1% atau 46 sen.

Energy Information Administration (EIA) pada minggu lalu melaporkan penyusutan bekalan rasmi minyak mentah AS yang lebih besar dari jangkaan, susut 4.5 juta tong di minggu yang berakhir pada 7 Ogos.

Walaupun gelombang baru Covid-19 telah mempengaruhi prestasi perniagaan di kebanyakan negeri AS sejak bulan Julai, EIA masih meneruskan jangkaan pengambilan minyak mentah yang lebih besar sejak tiga minggu terakhir, sehingga mencecah 22 juta tong yang mana menimbulkan sedikit keraguan di kalangan pelabur.

Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pula meramalkan penurunan permintaan minyak di seluruh dunia pada tahun 2020 sebanyak 8.1 juta tong sehari, walaupun situasi koronavirus di peringkat global jauh lebih baik berbanding Amerika Syarikat.

Jawatankuasa Pemantauan Menteri Gabungan OPEC-Non-OPEC, atau JMMC, yang memantau pematuhan terhadap pemotongan output di kalangan anggota OPEC dan sekutunya, yang turut dikenali sebagai OPEC +, dijadualkan mengadakan pertemuan melalui sidang video pada hari Selasa.

Pertemuan tersebut akan disusuli dengan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada hari Isnin, yang mana akan menyediakan laporan mengenai perkembangan terbaru pasaran minyak kepada JMMC.

Pada mesyuarat JMMC bulan Julai yang lalu, OPEC + mengatakan akan membenarkan pengurangan had pengeluaran output dari 9.7 juta tong sehari kepada 7.7 juta tong sehari bermula Ogos.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: