Minyak Mentah Merosot Dengan Kemunculan Semula Kebimbangan Terhadap Outlook Ekonomi Global

Minyak Mentah Merosot Dengan Kemunculan Semula Kebimbangan Terhadap Outlook Ekonomi Global

Harga minyak mentah merosot pada hari Selasa berikutan kemunculan semula keraguan terhadap unjuran permintaan global dengan prospek sekatan aktiviti

Harga minyak mentah merosot pada hari Selasa berikutan kemunculan semula keraguan terhadap unjuran permintaan global dengan prospek sekatan aktiviti ekonomi sepanjang musim sejuk yang dipandu oleh wabak Covid-19.

Penyusutan tersebut juga digabung dengan faktor teknikal, memperlihatkan harga Brent gagal memecahkan garisan MA (moving average) 100-hari.

Memasuki pertengahan sesi dagangan Amerika, futures minyak WTI susut 4.7% kepada $38.69 setong sementara Brent pula jatuh 4.08% kepada $41.13 sebarel.

Tanpa sebarang berita yang memicu kepada penurunan tersebut, para penganalisis melihat angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia yang telah mencecah 1 juta menjadi pendorong utama.

Di samping itu, pasaran juga bimbang dengan amaran daripada Timbalan Presiden AS Mike Pence yang memperingatkan bahawa kadar jangkitan di AS dijangka akan terus meningkat.

Kebanyakkan penganalisis hanya memberikan pandangan yang sederhana kerana jangkaan permintaan akan terus mendatar secara meluas sehingga musim panas tahun hadapan.

Malah ada dikalangan meerka yang melihat permintaan minyak tidak akan mencapai paras pra-wabak untuk beberapa tahun kehadapan.

Pada pertemuan menteri tenaga G-20 pada hari Isnin, Setiausaha Agung OPEC Mohammed Barkindo mengatakan bahawa stok komersil di seluruh negara maju berkemungkinan kekal di atas purata sejarah untuk beberapa waktu.

Barkindo mengatakan bahawa stok minyak mentah OECD sepanjang suku tahun akan berada sekitar 120 juta tong iaitu di atas purata lima tahun, dan dijangka kekal di atas purata tersebut pada suku pertama tahun hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: