Semenjak Isnin, negara-negara pengeluar minyak OPEC hadir ke Algeria untuk satu pertemuan rasmi yang membincangkan tentang krisis lebihan pengeluaran
Semenjak Isnin, negara-negara pengeluar minyak OPEC hadir ke Algeria untuk satu pertemuan rasmi yang membincangkan tentang krisis lebihan pengeluaran minyak dunia ketika ini. Harga minyak berlegar-legar di antara $44-$46 untuk satu tong dan pada ketika ini harga berada di paras $44.67.
Mesyuarat kini tertumpu pada Arab Saudi dan Iran dengan Rusia menjadi moderator dimana mereka cuba untuk mengurangkan jurang pengeluaran minyak mereka sebanyak 600,000 tong sehari. Arab Saudi sebelum ini telah bersetuju untuk memotong penegeluaran mereka kepada 3.6 juta tong sehari, namun Iran masih mahu menetapkan pengeluaran mereka kepada 4.2 juta.
Perkembangan terbaru, mengkhabarkan yang ada nada-nada positif untuk satu kata sepakat dicapai di Algeria atau paling tidak sedikit sebanyak memberi pandangan positif pembaikan harga minyak.
Pada malam ini EIA data akan diterbitkan, dengan jangkaan 2.753 juta tukaran stok berbanding minggu lepas -6.2 juta tukaran stok. Jumlah tukaran stok yang sedikit atau negatif adalah indikasi baik kepada minyak.
Dari sudut teknikal, harga minyak mempunyai satu paras ‘support’ yang kuat sekitar harga $43 dengan pembentukan ‘symmetrical triangle’ terbentuk di daily chart. Saya akan cuba ulas sudut pandangan saya tentang minyak secara teknikal di tulisan yang lain. InsyaAllah.
COMMENTS