Mnuchin: Beri Amaran Kepada China Jangan Terlibat Dalam Persaingan Menurunkan Nilai Matawang

Mnuchin: Beri Amaran Kepada China Jangan Terlibat Dalam Persaingan Menurunkan Nilai Matawang

Menurut laporan Financial Times (FT) pada hari Rabu, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin ingin mengangkat isu berkenaan manipulasi matawang da

Menurut laporan Financial Times (FT) pada hari Rabu, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin ingin mengangkat isu berkenaan manipulasi matawang dalam rundingan perdagangan terbaru antara Washington dengan Beijing.

Mnuchin dalam wawancara bersama FT berkata Jabatan Perbendaharaan telah meneliti dengan berhati-hati isu matawang ini dan mengatakan nilai matawang Yuan China telah jatuh dengan signifikan pada tahun 2018.

Oleh itu, beliau dijangka akan membawa isu ini di dalam rundingan perdagangan China dan AS yang terbaru.

Mengulas mengenai nilai Yuan, Mnuchin juga tidak menafikan bahawa terdapat beberapa faktor lain yang memandu penurunan matawang tersebut termasuk isu ekonomi mereka.

Kata beliau di dalam mesyuart G20, IMF dan Bank Dunia di Bali Indonesia, “Melihat kepada isu perdagangan, tiada persoalan lain melainkan kita mahu memastikan China tidak melakukan penurunan nilai kompetatif”.

Penurunan kompetatif (competitive devaluation) bermaksud satu siri penurunan mendadak matawang antara kedua-dua buah negara bagi mengambil kelebihan terhadap pasaran eksport antarabangsa.

Ulasan Mnuchin tentang penurunan nilai matawang China ini bukanlah kali pertama dikeluarkan dan skrip yang sama dijangka akan terus berulang.

Sehingga hari ini Yuan China telah jatuh lebih 8% berbanding dollar sejak bulan Jun yang lalu, daripada 6.40 RMB per dollar kepada 6.92 RMB.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: