MoF: Caj Faedah Tambahan Ke Atas Moratorium Pinjaman Sewa Beli Syariah & Konvesional Dilupuskan

MoF: Caj Faedah Tambahan Ke Atas Moratorium Pinjaman Sewa Beli Syariah & Konvesional Dilupuskan

Susulan pengumuman BNM berkaitan caj faedah tambahan bagi yang mengambil moratorium pada hari Khamis lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah menge

Susulan pengumuman BNM berkaitan caj faedah tambahan bagi yang mengambil moratorium pada hari Khamis lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengemukan cadangan kepada pihak bank untuk melupuskan semula kadar faedah terakru (pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islamik) sepanjang tempoh tersebut.

Saranan ini diutarakan selepas mendengar keluhan rakyat yang terkeliru dengan maklumat dan yang terkesan secara langsung dengan tindakan BNM mengarahkan pihak bank untuk mengemas kini jadual pembayaran para pelanggan mereka.

Namun begitu, menurut satu kenyataan rasmi Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada hari ini (6 Mei), Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa persetujuan telah tercapai dengan pihak bank untuk mereka mengekalkan jumlah ansuran bulanan pinjaman (konvesional dan Syariah) sepanjang tempoh moratorium.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Hal ini bermaksud, tiada caj tambahan akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut iaitu di antara 1 April sehingga 1 September, dan pembayaran hanya akan dibuat berdasarkan terma perjanjian bank masing-masing mengikut keseluruhan jadual pembiayaan yang telah dipersetujui.

Tengku Zafrul dalam kenyataannya juga berharap agar keputusan “kerajaan ini dapat meringankan beban rakyat sepanjan tempoh yang mencabar ini”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: