MoF: KWSP Diminta Lebih Fleksibel Dalam Isu Pengeluaran Akaun 1

MoF: KWSP Diminta Lebih Fleksibel Dalam Isu Pengeluaran Akaun 1

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan menasihati KWSP supaya memperluaskan pengeluaran caruman Akaun 1 ke

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan menasihati KWSP supaya memperluaskan pengeluaran caruman Akaun 1 kepada rakyat Malaysia.

Pada pembentangan belanjawan Malaysia 2021, kerajaan memutuskan untuk membenarkan pengeluaran KWSP Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan sehingga jumlah RM6,000 selama 12 bulan.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Tengku Zafrul dalam Wawancara Khas Buliten Utama TV3 semalam, maksud bersasar adalah mereka yang kehilangan pekerjaan dan terkesan dengan wabak.

Pengeluaran secara bersasar ini dijangka akan membantu mengurangkan beban kira-kira 600,000 pencarum yang terjejas.

Unjuran keseluruhan bayaran bagi Akaun 1 melibatkan RM4 bilion dan boleh dimohon oleh ahli yang layak mulai Januari 2021.

“Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan KWSP hari ini (semalam) dan mereka telah berjanji untuk mengumumkan mengenai cara hendak mengeluarkan dan siapa yang akan layak mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1”, jelas Tengku Zafrul.

Walau bagaimanapun, “Selepas mendengar keluhan rakyat, saya rasa kita harus meningkatkan lagi fleksibiliti supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengeluarkannya”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: