‘Moment of truth’ Brexit, Apakah Persidangan Khas Diperlukan Pada November?

‘Moment of truth’ Brexit, Apakah Persidangan Khas Diperlukan Pada November?

UK akan meninggalkan sepenuhnya EU bermula Mac 2019, termasuk pasaran tunggal dan kesatuan kastam yang membenarkan proses perdagangan tanpa sempadan d

UK akan meninggalkan sepenuhnya EU bermula Mac 2019, termasuk pasaran tunggal dan kesatuan kastam yang membenarkan proses perdagangan tanpa sempadan di antara ahli Kesatuan Eropah.

Namun selepas Brexit, sempadan tanah antara EU perlu dibentuk dan hal ini memaksa diadakan sempadan di antara Ireland Utara dan Ireland Republik.

EU dan UK ingin mengelak daripada meletakkan ‘hard border’ yang memerlukan pemeriksaan ataupun halangan diantara Ireland Utara dan Ireland tetapi masih buntu mencari jalan penyelesaian.

Oleh itu, pelan ‘backstop’ adalah pilihan terakhir bagi melindungi hak tanpa sempadan di kepulauan Ireland jika UK dan EU gagal mendapatkan sebarang solusi dalam rundingan perdagangan mereka.

Kedua-dua negara walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan kaedah keselamatan yang perlu dibentuk.

EU mencadangkan supaya Ireland Utara kekal di bawah undang-undang perdagangan mereka, jadi tidak memerlukan sebarang pemeriksaan di sempadan.

Tetapi PM UK, Theresa May berkata ianya akan mencalar integriti UK yang memerintah Ireland Utara kerana terpaksa membuat satu sempadan baru ke atas perairan Irish.

Cadangan beliau adalah menyelaraskan UK secara keseluruhan dengan kesatuan kastam EU untuk masa yang terhad selepas tahun 2020, selepas tempoh peralihan tamat.

Tetapi, EU mengatakan ‘backstop’ ini tidak akan berjaya jika masa terpaksa dihadkan.

Selain itu, MP Tory serta Brexiteers (penyokong perjanjian Brexit diadakan) yang lain berkata ‘backstop’ tidak diperlukan kerana penyelesaian melalui teknologi boleh mengelak daripada berlakunya ‘hard border’ tersebut.

Apakah Keputusan Yang Dinantikan?

PM May akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada hari ini yang dijangka akan lebih menumpukan isu-isu Brexit.

Beliau juga telah dijemput ke Brussels pada hari Rabu bagi menerangkan kepada pemimpin EU tentang pelan Brexit UK sebelum program makan malam mereka.

Namun terdapat laporan mengatakan May diberikan tempoh 48 jam untuk mendapatkan sokongan di peringkat domestik berkenaan syarat-syarat perjanjian Brexit yang baru.

Kemudian, ahli blok Eropah akan bermesyuarat tanpa kehadiran UK dan memutuskan bagaimana rundingan ini akan diteruskan.

Mereka dijangka akan memutuskan sama ada kemajuan rundingan Brexit mencukupi untuk diadakan satu persidangan khas pada bulan November dan apakah fokus akan tertumpu kepada perjanjian atau perancangan untuk berhadapan dengan situasi ‘no deal’.

Donald Tusk, Presiden EU berkata potensi untuk melihat senario tanpa perjanjian adalah tinggi, tetapi pendirian kami adalah berusaha sedaya upaya sehingga mencapai kesepakatan umum.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: