Momentum GBP/USD Terhenti Selepas Berdepan Penolakan Di Paras 1.40

Momentum GBP/USD Terhenti Selepas Berdepan Penolakan Di Paras 1.40

GBP/USD kekal di zon terendah harian, jatuh hampir 50 pips dan didagang di bawah 1.3950 berikutan reaksi yang lemah terhadap laporan makro UK hari in

GBP/USD kekal di zon terendah harian, jatuh hampir 50 pips dan didagang di bawah 1.3950 berikutan reaksi yang lemah terhadap laporan makro UK hari ini.

Data pertumbuhan menunjukkan ekonomi UK mengucup 2.9% (MoM) pada bulan Januari sementara pengeluaran industri dan pembuatan masing-masing susut lebih rendah dari jangkaan.

Pasangan matawang ini juga berhadapan penolakan berhampiran paras psikologi 1.4000 didorong oleh kemunculan momentum pembelian USD yang baru.

Peningkatan sederhana hasil bon AS telah membantu USD untuk keluar daripada paras terendah mingguan, sekali gus menjadi faktor menekan pasangan matawang ini.

Penurunan tersebut juga dilihat telah menghentikan pergerakan positif yang telah mengeluarkan GBP/USD dari paras terendah bulanan sejak hari Selasa yang lalu.

Walau bagaimanapun, peningkatan safe haven USD terhad apabila mood pasaran kembali beralih kepada aset-aset berisiko selepas Presiden AS Joe Biden menandatangani RUU pakej bantuan AS$1.9 trilion.

Secara keseluruhan, dinamik pergerakan USD dan hasil bon AS dijangka akan terus mempengaruhi serta menghasilkan peluang dagangan bagi GBP/USD menjelang penutupan pasaran minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: